Portfolio
Fresh portfolio of designs that will keep you wanting more.
- Jumaat, 20 Januari 2017
Awas Skim Dengan Cepat Kaya !!
KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat mengenai penipuan skim cepat kaya di negeri ini.
Pihaknya juga sudah pun merujuk kes itu kepada timbalan pendakwaraya, pagi tadi untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pihaknya juga sudah menjalankan siasatan awal untuk mengetahui kesalahan terperinci yang dibuat oleh syarikat terbabit
"Kita juga perlu merujuk pihak Bank Negara bagi mengetahui secara jelas berhubung kesalahan itu," katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, tadi.
Mazlan ditemui selepas menziarah Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Suprintendan Setapa Yusoff, yang menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala.
Beliau mengulas kejadian membabitkan sepasang warga emas dari Rancangan Tanah FELDA Perasu, Gua Musang, yang berputih mata apabila pelaburan sebanyak RM50,000 gagal mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.
Difahamkan skim popular itu menjanjikan setiap pelaburan minimum RM350 (satu lot) akan membolehkan pelabur menerima RM100 setiap bulan dan pada tempoh matang iaitu bulan keempat, pulangan digandakan kepada RM800.
Syarikat skim cepat kaya itu dipercayai menjalankan pelaburan terhadap koperasi yang berurus niaga dalam bidang hartanah dan FOREX.
Mazlan turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran skim cepat kaya kerana ia adalah manipulasi daripada pihak penganjur untuk meraih keuntungan dengan cara yang salah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah f...
-
Pada tahun 2020 Emas dijangka naik RM500 satu gram. Bank Standard Chartered dunia mengunjurkan emas akan naik RM503 segram pa...
-
Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Robert Kiy...
-
KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat mengenai penipuan skim cepat kaya di negeri ini. Pihaknya jug...
-
KUALA LUMPUR 16 NOV. – Pelaburan yang dibuat di luar negara tidak menyalahi undang-undang tempatan dan antarabangsa sebaliknya me...
-
Kenapa masih ada yang tertanya-tanya tentang pelaburan emas? Sedangkan ia sudah jelas menjadi sebahagian daripada pelaburan yang memberik...
-
Kebanyakan orang membeli emas hanya untuk tujuan pelaburan, atau mempunyai untuk perlindungan terhadap ekonomi. Tetapi emas bukan semua...
-
"Tak kenal maka tak cinta, Bila dah kenal pasti gembira, Mau taknya.. duit berkerja, Tuannya boleh tidur lena" ...
-
Hukum 'Investment' Yang Untungnya Diperolehi Dengan Kadar Tetap - Ustaz Azhar Idrus Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan...
Blog Archive
-
2017
(9)
-
Januari
(9)
- Emas Pelaburan Terbaik ?
- Sebab Tahun 2020 Emas Naik RM500 ?
- 10 dari 100 Fakta Menarik Tentang Emas .
- Kenali ZENITHGOLD LIMITED Dari A To Z
- Awas Skim Dengan Cepat Kaya !!
- Ini 5 Sebab Utama Kenapa Harga Emas Jatuh !!
- Hukum Pelaburan Keuntungan Tetap ? - Ustaz Azhar I...
- Kelebihan Sertai Perniagaan Pemasaran Rangkaian (N...
- Pelaburan Luar Negara Tidak Langgar Undang-undang
-
Januari
(9)
Dikuasakan oleh Blogger.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan